Posted by: apa2aje | July 23, 2008

Jimat Minyak

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ini mungkin masih belum terlambat untuk saya berbicara tentang isu minyak. Sejak PM isytiharkan harga minyak naik hingga ke angka RM2.78 seliter untuk petrol, tak putus-putus orang bercerita, bercakap, bersembang dan berdebat tentang isu minyak.  Dan terhangat dipasaran kini bila Debat secara langsung di TV9 dan Astro diantara Penasihat PKR Dato Sri Anwar Ibrahim dan Menteri penerangan Malaysia Dato Ahmad Sabree Chik yang berjudul ‘Hari Ini Bentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak’.  Macam-macam komen yang saya dengar dari rakan-rakan dan juga yang saya baca dari dada-dada akhbar.  Kebanyakannya hanya berpihak kepada pihak yang mereka sokong.  Namun dalam ruangan apa2aje ni saya tak berminat nak berbicara siapa yang menang dan siapa yang kalah. Itu terpulanglah kepada pihak tuan-tuan untuk menilainya sendiri kerana kita dikurniakan akal yang cukup untuk memikirkannya secara rasional dan logik berdasarkan dalil-dalil yang telah dikemukakan oleh kedua-dua pihak.

Hari ini dalam ruangan ini saya ingin mengajak tuan-tuan bertenang dan berfikir lebih jauh terhadap apa yang lebih utama dalam kelangsungan hidup kita seharian, iaitu tangki minyak kereta atau motor kita yang semakin berkurang setiap hari, yang perlu diisi apabila jarum meter dah sampai ke bar merah.  Bukan bermakna saya pentingkan diri sendiri tapi ingin mengajak tuan-tuan berfikir dan membuat keputusan dengan lebih bijak dalam kegawatan dan peningkatan mendadak harga minyak dipasaran dan juga harga barang-barang.  Apa yang saya maksudkan ialah ‘CARA YANG LEBIH BIJAK UNTUK JIMAT MINYAK’

Sama ada sedar atau tidak, kisah atau buat-buat tak kisah, minyak dan kita memang tidak boleh dipisahkan. Pagi-pagi selepas bangun, mandi, sembahyang dan sebelum ketempat kerja, kita akan memanaskan enjin kereta atau motor.  Tapi tahukah kita bahawa pemanasan enjin hanya memerlukan 30 saat sahaja. Enjin kereta panas lebih berkesan semasa kita bergerak.  Memanaskan enjin lebih 30 saat bukan sahaja membazir minyak tetapi boleh merosakkan enjin kerana pelinciran enjin lebih berkesan ketika kereta bergerak ( maklumat dari PERSATUAN PENGGUNA P.PINANG-CAP)

Seterusnya kalau perlu mengisi minyak, isilah pada waktu malam, apabila cuacanya sejuk.  Dikatakan apabila kita mengisi minyak pada waktu malam kandungan gas dalam petrol dan diesel adalah kurang berbanding dikatakan banyak pada waktu siang yang panas, dimana setiap liter yang diisi pengguna akan rugi sebab haba petrol bercampur lebihan gas dalam kandungannya. Betul atau tidak tuan-tuan cubalah sendiri kerana berdasarkan pengalaman saya, petrol lebih betahan lama jika diisi pada waktu malam.

Selain itu, kita juga perlu mengisi minyak sehingga penuh. Ini kerana minyak atau petrol cepat habis jika ruang tangki banyak yang kosong.  Benarnya tip ini memang ada, ini kerana ruang kosong yang banyak membolehkan minyak cepat meruap.  Semakin besar ruang semakin banyak minyak atau petrol meruap.  Petrol yang meruap tidak dapat dibakar oleh enjin. Dicadangkan juga penuhkan semula tangki apabila tangki separuh kosong.  Jangan tunggu sehingga meter pada tanda ‘E’ baru nak isi.  Semakin banyak ruang kosong semakin banyak petrol meruap, maka lebih cepat habis.

Dan jangan lupa, bila bawa kereta jangan sampai tak ingat dunia.  Bawalah kereta dengan kelajuan yang tetap.  Tidak terlalu laju dan tidak terlalu perlahan.  70-90 km sejam kira oklah.  Pastikan anda mematuhi had laju dan pandu pada lorong yang sesuai, bukan apa takut nanti pemandu dekat belakang tu marah.  Ingat ni ‘Semakin laju kereta , semakin banyak minyak digunakan’. Pandu secara perlahan pula menyebabkan beban pada kereta .  Ini menyebabkan enjin tertekan dan menyebabkan banyak minyak digunakan.

Nak tip jimat minyak lagi, patuhilah jadual penyelenggaraan kereta atau kenderaaan tuan-tuan.  Enjin yang diselenggara akan berfungsi dengan lebih baik dan berkesan.  Pada jangkamasa yang tetap, gunakan bahan rawatan petrol.  Ini bertujuan untuk cucian pada injap minyak agar tidak tersumbat.  Pastikan penapis petrol diperiksa atau ditukar apabila perlu.

Jangan lupa juga pada tayar yang berpusing tu.  Pastikan anginnya sentiasa pada tahap tekanan yang disyorkan pada model kereta dan jenis tayar yang digunakan.  Seminggu sekali periksalah tekanan tayar tu. Penjagaan tayar yang baik memastikan cengkaman tayar yang sesuai dan dan pada jumlah jarak yang jauh nyata menjimatkan minyak.

Nak jimat minyak lagi.  Ingatlah kereta sesuai untuk perjalanan jauh.  Kalau setakat nak pergi kedai boleh jalan kaki, jalan kaki jelah.  Maksud saya kalau tempat yang nak dituju tu dekat, boleh berjalan kaki atau naik basikal, adalah lebih baik tuan-tuan melakukannya.  Banyak minyak boleh dijimatkan tetapi keselamatan tetap yang utama kalau jalan yang dilalui gelap, sunyi dan diragui keselamatannya adalah lebih baik bawa kereta.

Membazir itu amalan syaitan, jika boleh kurangkan penggunaan penghawa dingintu kurangkanlah.  Perjalanan pagi atau malam yang sejuk tidak perlu penghawa dingin.  Buka tingkap sedikit dan biarkan angin luar masuk.  Awas jangan buka tingkap terlalu luas sehingga tangan dari luar boleh mencapai ke dalam dengan mudah. Dan angin yang terlalu banyak juga kadang-kadang boleh menyebabkan beban kereta bertambah.

Nak jimat minyak lagi, kurangkan beban kereta anda.  barang-barang yang tidak perlu dalam kereta tu kalau perlu keluarkanjelah.  Semakin banyak beban semakin banyak tenaga dan minyak digunakan.  Selain itu elakkan menunggu . Sekiranya anda terpaksa menunggu seseorang didalam kereta, matikan enjin.  Lebih murah untuk menghidupkan semula enjin daripada menunggu 1 minit didalam kenderaan dengan enjin yang masih hidup.

Akhir sekali elakkan menggunakan gear rendah.  Cuba kekalkan halaju kereta lebih daripada 35km/jam.  langkah gear dari gear 1 terus ke gear 3 atau 4 ketika kereta menuruni bukit atau melalui jalan rata .  Tukar gear secepat mungkin  ketika menaiki bukit.  Apabila memandu secara automatik , tingkatkan halaju anada dengan segera.  Jangan andaikan anda perlu memandu di lebuhraya sahaja untuk menggunakan gear 5.  Seboleh-bolehnya pandu dengan menggunakan gear 5 di mana sahaja walaupun berada di  jalan yang kecil (maklumat daripada http://www.rebetminyak.com/redzuan75)

Sekian sahaja dan ‘SELAMAT BERJIMAT’.

Posted by: apa2aje | July 23, 2008

Hello world!

Welcome to WordPress.com. This is your first post. Edit or delete it and start blogging!

Categories